
Thursday, January 27, 2011

Posted by nurrules at 2:04:00 AM 1 comments
Labels: CHENTA HATIKU
from_____mychenta_____yameen
Posted by nurrules at 1:36:00 AM 0 comments
Labels: CHENTA HATIKU
Saturday, January 15, 2011
12 Aurat Wanita Dalam Islam
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari. 8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. 10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. by______~hanya aku nurrules~_______
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah
Posted by nurrules at 9:43:00 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. Faktor-faktor tersebut ialah: 1) Lupa mengingat Allah Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya: ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.” Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya: Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu. 2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia. Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya: ” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” 3) Mudah terpedaya dengan syahwat. 4) Lemah iman. 5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk. Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah. by______~hanya aku nurrules~_______
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Posted by nurrules at 9:34:00 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN
Ciri-ciri Wanita Solehah
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu : 1. Taat kepada Allah dan RasulNya 2. Taat kepada suami Perincian dari dua syarat di at as adalah sebagai berikut : 1. Taat kepada Allah dan RasulNya Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ? - Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya. - Wajib menutup aurat - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa - Berbuat baik kepada ibu & bapa - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa - Bersikap baik terhadap tetangga 2. Taat kepada suami - Memelihara kewajipan terhadap suami - Sentiasa menyenangkan suami - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah - Tidak bermasam muka di hadapan suami - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur - Tidak keluar tanpa izin suami - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya - Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga by______~hanya aku nurrules~_______

Posted by nurrules at 9:09:00 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN
Friday, January 14, 2011
♥ STANDING IN THE RAIN
While you're talking to me With blood on your hands You're tired of being a stranger Tied up in his plans You'll cry forever and all you want to know is how you ever got here Why ain't he loving you Hope you just don't stop praying when the waters fall' Cause standing in the rain ain't gonna leave you dry People say your love pure one of a kind But standing in the rain ain't gonna leave you dry People say no We all fall sometimes Get burned sometimes Get cut wide open Thought you'd learn by now So why you want to do this Why you want to fall Why you keep pretending To make sense of it all I hope you just don't stop praying when the waters fall' Cause standing in the rain ain't gonna leave you dry So stand up feel the light Don't you want to see all that you've got inside Your love pure one of a kind But standing in the rain ain't gonna leave you dry So take the chains off your world' Cause they ain't gonna do you well Take the lock from your heart Open it 'cause it ain't hardIt ain't hard Oh woman just don't stop praying when the waters fall' Cause standing in the rain ain't gonna leave you dry So stand up feel the light Don't you want to see all that you've got inside Your love pure one of a kind Standing in the rain ain't gonna leave you dry Said your love is one a kind Standing in the rain ain't gonna leave you dry i Love the rain . because they make everyone a little depressed & then i don't feel so ALONE . by______~hanya aku nurrules~_______
Posted by nurrules at 1:33:00 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN
hati ku...
Sungguh! Hati itu anugerah terindah dari Ar-Rahman pada makhluk yg bernama manusia. Bagi insan hina seperti aku, yang banyak jahil dari tahu, yang banyak alpa dari peka, hanya satu pintaku Ya Allah - Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dengan hati yang bersih…”
Bila hati terluka, sakitnya hanya yang merasa mampu menghurai. Lagi sanggup menahan hirisan pisau di tangan dari merasa luluh hati terguris. Mengapa hati ini yang perlu merasa itu semua? Sedangkan diri sentiasa berpegang pada prinsip, jaga hati saudaramu. Jangan lukakan hati saudaramu…Apakah itu balasan yang perlu ditanggung dengan berpegang teguh pada prinsip teguh ini? Pemikiran apakah yang sedang menguasai? Hindarilah diri dari hasutan Syaitan yang di rejam…
Ya Allah, andai kesakitan ini mampu menghapuskan dosa-dosa hamba yang lalu, maka hamba redha dengan ujian ini…
Mengapa hati terluka? Mungkin kerana dikhianati? Mungkin kerana penantian yang tiada cerita akhirnya? Mungkin kerana gagal mendapatkan apa yang dipohon? Atau mungkin kerana tiada daya untuk memilih? Diri hanya punya satu pilihan…menanggung pedih, bukan meluahkan…
Bila diri tidak mampu mengeluarkan apa yang terbuku di hati, maka hati sengsara lagi. Hati perlu menanggung beban terbuku tanpa ada keberanian untuk meleburkannya. Hati yang perlu menahan gundah akibat tiada semangat dan kekuatan untuk memberitahu pada dunia. Mengapa diri hilang semangat? Mengapa diri tiada kekuatan? Mengapa diri tiada keberanian? Diri hanya mampu berserah…tawakkal dengan harapan, jihad ini diterimaNya.
Manusia sering bertanya “mengapa”. Tapi manusia juga sering tiada jawapan untuk soalan “mengapa”…Tulah apakah ini…
Bila hati terluka…sarat dengan kesakitan yang tidak tertanggung, diri perlu sentiasa ingat…kita hanya hamba yang kerdil, tapi sarat dengan kasih sayang Rabbul Jalil. Tukarkanlah gulana hati kepada kerinduan syahdu pada Yang Maha Agung. Hati perlu pasrah dengan yakin itu kehendak Yang Maha Berkuasa diiringi dengan suntikan cintaNya. Nanti diri akan merasa, suntikan itu pedih pada awalnya, tapi kemudian nikmat iman yang diri perolehi pasti akan mengubat segala kesengsaraan lalu. InsyaAllah..Moga dikurniakan Ilahi hadiah dari SyurgaNya yang diidam-idamkan…
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami…
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya… Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya…
Wahai hati…kembalilah pada Yang Esa…Sungguh Ya Rabbi, Ampunkanlah hamba yang tiada sempurna ini...Tetapkanlah hamba sentiasa di jalan lurusMu...Amin

Posted by nurrules at 1:27:00 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN
Allah Knows Best
Allah Knows Best
Allah knows what's best for us,
So why should we complain.
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.
We always want the laughter,
And the merriment of cheer,
But our heart will lose their tenderness,
If we never shed a tear.
Allah test us often,
With suffering and with sorrow.
He tests us not to punish us,
But to help us meet tomorrow.
For growing trees are strengthened.
If they can withstand the storm,
And the sharpness of the chisel,
Gave the marble its grace and form.
Allah tests us often,
And for every pain,
He gives us,
Provided we are patient,
Is followed by rich gain.
So whenever we feel that
Everything is going wrong,
It is just Allah's way
To make our spirit
STRONG.
by______~hanya aku nurrules~_______
Posted by nurrules at 1:22:00 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN
With You ...!
With You ...! With you..! I love you - are just words, all very clear But take love away, and life will disappear What is love? It’s like climbing a mountain or swimming in the sea It’s like watching you every day hoping you see me In the darkest hour, you show me the light You won my heart, even without a fight With you! It’s like leaves on a tree Like Beatles’ song ”let it be” It’s like I need you tonight And hoping you need me Being with you, I feel so clean Gone are the thoughts, once so mean With you! It’s like lots of sunshine on a rainy day It’s like not believing God but starting to pray Remember this song when you’re sad and cold remember the things I just told Because I love you so much, and it’s no lie That I'll love you from heaven when I die... by______~hanya aku nurrules~_______
Posted by nurrules at 12:56:00 AM 0 comments
Labels: CHENTA HATIKU
For myself and friends
Imagine yourself after you pass away Imagine your grave through night and through day Wishing that you did not do as they say Wishing that you had got up and had prayed. Imagine, my friends, the day that you died Imagine all of the tears that they cried Remember how it felt when your body was tied Remember how it felt in the grave which you lied. Imagine the day you'll be called to account Imagine the sum to which your life will amount Think for a moment of the deeds which you mount Think for a moment how much they will count. What will they say of you when you are dead? What will they say, what will be said? Will they speak of all the poor who you fed? Will they remember all the Qu'ran that you read? Think not of them, but of Allah, Lord of mankind and jinn Think of Allah when tempted to sin Think of the paradise which you will dwell in Don't wait till later to think what might have been. by______~hanya aku nurrules~_______
Posted by nurrules at 12:32:00 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN
Wednesday, January 12, 2011
aku ingin bukan sekadar...

Aku ingin bukan sekadar berkata kepada mereka, tapi aku ingin juga menjiwai setiap patah perkataan daripada apa yang aku perkatakan..
Aku ingin bukan sekadar berkata, tapi aku ingin setiap perbuatan dan tingkahlakuku seperti yang aku perkatakan..
Aku ingin bukan sekadar berkata tentang kesalahan, tapi aku ingin juga tangan ini turut membantu memperbaiki setiap langkahnya.

Aku ingin bukan sekadar menerima segala kebaikan orang kepadaku, tapi aku ingin juga memberi seperti mana aku menerimanya Ya Allah..
Aku ingin bukan sekadar menerima diri sahabatku, tapi aku ingin juga membuang segala prasangka aku kepada mereka..
Aku ingin bukan sekadar menerima hakikat bahawa perubahan itu memerlukan pengorbanan, tapi aku ingin mengorbankan segala yang perlu bagi menjayakan perubahanku..

Aku ingin bukan sekadar merasa nikmat kemewahan yang Allah pinjamkan kepada aku, tapi aku ingin juga berkongsi segala-galanya dengan sahabat dan mereka yang memerlukan..
Aku ingin bukan sekadar merasakan kehadiranMu Ya Allah di saat aku susah dan di uji, tapi aku ingin juga merasakan kasih sayangMu Ya Allah di setiap detik nafas ku.
Aku ingin bukan sekadar merasakan betapa pedihnya azabMu Ya Allah, tapi aku ingin juga terus memelihara diriku daripadanya..
Aku ingin bukan sekadar merasakan kasih sayangMu kepadaku, tapi aku ingin juga masyarakat disekitarku turut merasakan betapa Engkau Ya Allah Maha Pemurah lagi Mengasihani mereka..
Aku ingin bukan sekadar merasakan diri aku berdosa dan lemah, tapi aku ingin juga berhenti daripada terus berdosa dan terus berada dalam kelemahan..
Aku ingin bukan sekadar merasa semangatnya perjuangan ini, tapi aku ingin terus kekal di dalamnya dan terus thabat kepada tarbiyah untuk diriku ini..
Aku ingin bukan sekadar ingin, aku ingin berazam dan bersungguh-sungguh dalam setiap keinginan aku ini Ya Allah...
Posted by nurrules at 4:45:00 PM 0 comments
Labels: RENUNGAN
from_____mychenta_____yameen
walau ku harus menanti
tak akan ada waktu percuma
jadilah cahaya hidupku
berikan kuasa cintamu

Posted by nurrules at 10:16:00 AM 0 comments
Labels: CHENTA HATIKU
~DIA YANG BERNAMA KEKASIH~
Posted by nurrules at 9:45:00 AM 0 comments
Labels: CHENTA HATIKU
Sunday, January 9, 2011
"TERLALU BYK UTK SATU"
"TERLALU BYK UTK SATU"

Posted by nurrules at 12:00:00 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN



Kuala Lumpur Time